Pertama-tama kalinya, kita bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan diberikan nikmat yang terlalu besar iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah, saya juga turut bersyukur ke hadratMu Ya Allah kerana masih memberikan peluang kepada diri ini untuk terus hidup untuk menegakkan syiar Islam, InsyaAllah. Segala puji bagi Allah tuhan yang memberikan segala rezeki kepada seluruh alam.
Kali ini saya memilih fiqh Awlawiyat sebagai tajuk pilihan. Bukan apa, sekadar berkongsi dan mengingatkan diri dan sahabat-sahabat semua agar tidak leka dengan nikmat masa lapang yang Allah berikan kepada kita. Yang baik saya kongsikan, yang buruk saya hindarkan. InsyaAllah, moga beroleh keberkatan.
Fiqh Awlawiyat merupakan satu bidang feqah yang perlu kita ketahui. Fiqh Awlawiyat bermaksud mendahulukan yang utama dan melaksanakan perkara yang penting terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang kurang penting dan tidak utama. Itulah yang biasa kedengaran. Dari segi konsep, kita mengetahuinya, tetapi bagaimanakah pula dengan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian?
Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai tuntutan dan kewajipan yang mesti dilaksanakan. Sebagai seorang manusia yang memikul amanah menjadi khalifah di atas muka bumi Allah tidak kira sama ada sebagai pemimpin kepada masyarakat, organisasi, keluarga atau sekurang-kurangnya kepada diri sendiri, seseorang mesti merancang tugasannya agar semua tanggungjawab dapat diselesaikan pada masa yang sepatutnya dengan sebaik mungkin.
Kemahiran dan pengetahuan tentang fiqh awlawiyat akan dapat membantu menilai prioriti (keutamaan) setiap tugasan yang hendak dilakukan lebih-lebih lagi apabila berlaku pertembungan antara perkara tersebut. Saya terbaca buku tarbiah rohani karangan Hilal Asyraf ada menceritakan sedikit sebanyak mengenai Awlawiyat. Jadi, saya ingin kongsikannya di sini sebagai contoh yang mudah untuk difahami oleh semua.
Ada sebuah kisah antara seorang professor bersama pelajar-pelajarnya.
Professor itu menunjukkan sebuah balang. Kemudian, professor itu memasukkan batu-batu bersaiz sederhana besar, sehingga sampai ke bahagian penutup.
"Adakah sudah penuh?" Dia bertanya kepada pelajar-pelajarnya. Semua menyatakan bahawa balang itu sudah dipenuhkan.
Professor menggeleng. Dia mengambil pula batu-batu yang bersaiz lebih kecil daripada batu-batu tadi dan mengisinya sehingga kelihatan penuh.
"Bagaimana sekarang?"
"Sudah penuh. Mustahil boleh isi lagi," jawab salah seorang pelajar.
Professor tersenyum. Lalu dia mengambil pasir, dan memasukkannya ke dalam balang. Pasir yang halus itu memasuki celahan-celahan yang masih wujud di antara batu-batu itu, diisinya sehingga ke atas balang.
"Pada pendapat kamu, sudah penuhkah balang ini?"
Kali ini, para pelajar senyap. Takut jawapan mereka salah lagi, apakah yang lebih kecil daripada pasir?
Akhirnya, ada pelajar mengangkat tangan dan berkata "Apakah ada lagi ada lagi yang lebih kecil daripada pasir? Mustahil boleh diisi. Balang itu sudah penuh."
Professor lantas mengambil air, dan mengisinya perlahan-lahan ke dalam balang yang 'penuh' tadi. Air itu mengalir, mengisi ruang-ruang mikro yang masih wujud antara di antara pasir atau batu di dalam balang itu. Sehinggalah air melimpah ke luar balang.
"Itu baru namanya penuh," professor itu memberitahu.
4 situasi dalam hidup kita :
1. Utama dan penting.
2. Tidak utama tetapi penting.
3. Utama tetapi tidak penting.
4. Tidak utama dan tidak penting.
Sekarang, kita dapat mengetahui bagaimanakah aplikasinya dalam kehidupan seharian dari segi penggunaannya pada bahan tertentu. Kita perlu meletakkan yang utama dan penting itu di hadapan. Kemudian diikuti dengan perkara yang tidak utama dan tidak penting.

(Sumber : Buku Fanzuru, Maka Lihatlah)
Sekarang, kita dapat mengetahui bagaimanakah aplikasinya dalam kehidupan seharian dari segi penggunaannya pada bahan tertentu. Kita perlu meletakkan yang utama dan penting itu di hadapan. Kemudian diikuti dengan perkara yang tidak utama dan tidak penting.
Kepentingan Mempelajari Fiqh Awlawiyat
1. Mengetahui dan meletakkan sesuatu perkara
di tempat yang betul (adil), dengan mengutamakan yang paling utama daripada
yang utama, dan mengutamakan yang penting daripada perkara yang kurang penting dalam
kehidupan seharian.
2. Merencana gerak kerja lebih terancang,
bersepadu dan efektif mengikut prioriti yang tepat, lantas memajukan diri, agama, masyarakat dan negara.
3. Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan
sebagainya yang merugikan diri kerana berlaku kesilapan mengutamakan perkara yang
kurang penting daripada perkara yang lebih penting.
Mengetahui Maqasid Syariah (Objektif /Tujuan Syariat)
Maqasid Syariah ialah merealisasikan kemaslahatan hamba (manusia) dan menghalang kemudaratan daripada mereka di
dunia dan akhirat.
5 Jenis kemaslahatan manusia yang dijaga oleh
syariah
- Menjaga agama (حفظ الدين)
- Menjaga jiwa (حفظ النفس)
- Menjaga keturunan (حفظ النسل/ العرض)
- Menjaga harta (حفظ المال)
- Menjaga akal (حفظ العقل)
Teknik penjagaan terhadap 5 aspek tersebut
adalah mengikut urutan keutamaan berikut:
a. Ad-Doruriyah (الضرورية) : Perkara yang amat diperlukan
sama ada di dunia atau di akhirat. Ketiadaannya akan membawa kemusnahan hidup di
dunia dan akhirat.
b. Al-Hajiyah (الحاجية) : Perkara yang diperlukan
manusia untuk mengelakkan daripada kepayahan dan kesulitan. Ketiadaannnya
menyebabkan manusia berada dalam kesempitan tetapi tidak sampai kepada
kemusnahan hidup.
c. At-Tahsiniyah (التحسينية) : Perkara kesempurnaan yang
dituntut oleh maruah atau harga diri dan ketinggian akhlak. Ketiadaan perkara
ini tidak sampai memusnahkan hidup atau menyempitkannya, tetapi akan
menjadikannya aib pada pandangan orang yang berakal.
Apabila bertembung antara beberapa maslahah :
- Mengutamakan perkara doruriyat daripada
hajiat dan perkara hajiat daripada tahsinat.
- Mengutamakan menjaga agama, kemudian
jiwa,kemudian akal,kemudian keturunan, dan terakhir harta.
- Mengutamakan maslahah umum daripada maslahah
individu.
(Maslahah:- perkara yang dituntut dan setiap jalan membawa kepada maslahah adalah
dituntut.)
Peringkat-peringkat dalam hukum-hakam syariat
mengikut keutamaan
1. Peringkat-peringkat perkara suruhan
- Fardu Ain berkaitan hak orang ramai (jama'ah)
- Fardu Ain berkaitan hak individu
- Fardu Kifayah
- Sunat Muakkad
- Sunat biasa (mustahabbah)
Suruhan yang memberi manfaat kepada orang
ramai diutamakan daripada suruhan yang memberi manfaat kepada individu. Diutamakan amalan hati daripada amalan
anggota dan didahulukan aqidah daripada amal kerana aqidah adalah asas
terbinanya amal.
2. Peringkat-peringkat larangan
· Haram
- Akbarul kabair (Dosa paling besar)
- Al-Kabair (Dosa besar)
- As-Soghoir (Dosa Kecil)
- Makruh
Ibadah yang Paling Afdhal
Ibadah yang paling afdhal di sisi Allah tidak
dapat diputuskan secara qat’ie kerana ia berbeza mengikut tempat, masa, dan
individu itu sendiri. Yang pasti, setiap waktu ada kewajipannya yang
dikhususkan untuk mencapai keredhaan Allah dan kewajipan inilah yang paling
afdhal pada waktu tersebut. Contohnya ialah : perkara paling afdhal apabila datang
tetamu ialah menunaikan haknya dan melayannya. Ini lebih utama daripada
berwirid yang sunat.
(Sumber : كتاب المدخل الى دراسة الفقه الاسلامي )
أ. د عبد الله محمد الصالح
Konklusinya, orang yang beriman itu akan memahami kehidupan dan pandai mengisi masa mengikut keutamaan mereka. Maka, buatlah keputusan sebaik mungkin mengikut keutamaan. Saya mengaharapkan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak impak yang baik dalam kehidupan seharian kita seterusnya mendapat keredhaan Ilahi.
Wallahua'lam.
الفقير الى الله تعالى
Ibnu Munir
19/02/2012
Universiti Yarmouk, Jordan.
Wallahua'lam.
الفقير الى الله تعالى
Ibnu Munir
19/02/2012
Universiti Yarmouk, Jordan.
0 comments:
Post a Comment