Saturday 18 February 2012

Dahulukan yang Utama...(Fiqh Awlawiyat)



Pertama-tama kalinya, kita bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan diberikan nikmat yang terlalu besar iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah, saya juga turut bersyukur ke hadratMu Ya Allah kerana masih memberikan peluang kepada diri ini untuk terus hidup untuk menegakkan syiar Islam, InsyaAllah. Segala puji bagi Allah tuhan yang memberikan segala rezeki kepada seluruh alam. 


Kali ini saya memilih fiqh Awlawiyat sebagai tajuk pilihan. Bukan apa, sekadar berkongsi dan mengingatkan diri dan sahabat-sahabat semua agar tidak leka dengan nikmat masa lapang yang Allah berikan kepada kita. Yang baik saya kongsikan, yang buruk saya hindarkan. InsyaAllah, moga beroleh keberkatan.


Fiqh Awlawiyat merupakan satu bidang feqah yang perlu kita ketahui. Fiqh Awlawiyat bermaksud mendahulukan yang utama dan melaksanakan perkara yang penting terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang kurang penting dan tidak utama. Itulah yang biasa kedengaran. Dari segi konsep, kita mengetahuinya, tetapi bagaimanakah pula dengan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian?


Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai tuntutan dan kewajipan yang mesti dilaksanakan. Sebagai seorang manusia yang memikul amanah menjadi khalifah di atas muka bumi Allah tidak kira sama ada sebagai pemimpin kepada masyarakat, organisasi, keluarga atau sekurang-kurangnya kepada diri sendiri, seseorang mesti merancang tugasannya agar semua tanggungjawab dapat diselesaikan pada masa yang sepatutnya dengan sebaik mungkin. 


Kemahiran dan pengetahuan tentang fiqh awlawiyat akan dapat membantu menilai prioriti (keutamaan) setiap tugasan yang hendak dilakukan lebih-lebih lagi apabila berlaku pertembungan antara perkara tersebut. Saya terbaca buku tarbiah rohani karangan Hilal Asyraf ada menceritakan sedikit sebanyak mengenai Awlawiyat. Jadi, saya ingin kongsikannya di sini sebagai contoh yang mudah untuk difahami oleh semua.


Ada sebuah kisah antara seorang professor bersama pelajar-pelajarnya.


Professor itu menunjukkan sebuah balang. Kemudian, professor itu memasukkan batu-batu bersaiz sederhana besar, sehingga sampai ke bahagian penutup.
"Adakah sudah penuh?" Dia bertanya kepada pelajar-pelajarnya. Semua menyatakan bahawa balang itu sudah dipenuhkan.
         Professor menggeleng. Dia mengambil pula batu-batu yang bersaiz lebih kecil daripada batu-batu tadi dan mengisinya sehingga kelihatan penuh.
"Bagaimana sekarang?"
"Sudah penuh. Mustahil boleh isi lagi," jawab salah seorang pelajar.
        Professor tersenyum. Lalu dia mengambil pasir, dan memasukkannya ke dalam balang. Pasir yang halus itu memasuki celahan-celahan yang masih wujud di antara batu-batu itu, diisinya sehingga ke atas balang.
"Pada pendapat kamu, sudah penuhkah balang ini?"
Kali ini, para pelajar senyap. Takut jawapan mereka salah lagi, apakah yang lebih kecil daripada pasir?
        Akhirnya, ada pelajar mengangkat tangan dan berkata "Apakah ada lagi ada lagi yang lebih kecil daripada pasir? Mustahil boleh diisi. Balang itu sudah penuh."
        Professor lantas mengambil air, dan mengisinya perlahan-lahan ke dalam balang yang 'penuh' tadi. Air itu mengalir, mengisi ruang-ruang mikro yang masih wujud antara di antara pasir atau batu di dalam balang itu. Sehinggalah air melimpah ke luar balang.
"Itu baru namanya penuh," professor itu memberitahu.




4 situasi dalam hidup kita :
1. Utama dan penting.
2. Tidak utama tetapi penting.
3. Utama tetapi tidak penting.
4. Tidak utama dan tidak penting.






(Sumber : Buku Fanzuru, Maka Lihatlah)


Sekarang, kita dapat mengetahui bagaimanakah aplikasinya dalam kehidupan seharian dari segi penggunaannya pada bahan tertentu. Kita perlu meletakkan yang utama dan penting itu di hadapan. Kemudian diikuti dengan perkara yang tidak utama dan tidak penting. 








Kepentingan Mempelajari Fiqh Awlawiyat

1. Mengetahui dan meletakkan sesuatu perkara di tempat yang betul (adil), dengan mengutamakan yang   paling utama daripada yang utama, dan mengutamakan yang penting daripada perkara yang kurang penting dalam kehidupan seharian.
2. Merencana gerak kerja lebih terancang, bersepadu dan efektif mengikut prioriti yang tepat, lantas memajukan diri, agama, masyarakat dan negara.
3. Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan sebagainya yang merugikan diri kerana berlaku kesilapan   mengutamakan perkara yang kurang penting daripada perkara yang lebih penting.




Mengetahui Maqasid Syariah (Objektif /Tujuan Syariat)
Maqasid Syariah ialah merealisasikan kemaslahatan hamba (manusia) dan menghalang kemudaratan daripada mereka di dunia dan akhirat.

5 Jenis kemaslahatan manusia yang dijaga oleh syariah 
- Menjaga agama (حفظ الدين)
- Menjaga jiwa (حفظ النفس)
- Menjaga keturunan (حفظ النسل/ العرض)
- Menjaga harta (حفظ المال)
- Menjaga akal (حفظ العقل)

Teknik penjagaan terhadap 5 aspek tersebut adalah mengikut urutan keutamaan berikut:
a. Ad-Doruriyah (الضرورية) : Perkara yang amat diperlukan sama ada di dunia atau di akhirat. Ketiadaannya akan membawa kemusnahan hidup di dunia dan akhirat.

b. Al-Hajiyah (الحاجية) : Perkara yang diperlukan manusia untuk mengelakkan daripada kepayahan dan kesulitan. Ketiadaannnya menyebabkan manusia berada dalam kesempitan tetapi tidak sampai kepada kemusnahan hidup.

c. At-Tahsiniyah (التحسينية) : Perkara kesempurnaan yang dituntut oleh maruah atau harga diri dan ketinggian akhlak. Ketiadaan perkara ini tidak sampai memusnahkan hidup atau menyempitkannya, tetapi akan menjadikannya aib pada pandangan orang yang berakal.


Apabila bertembung antara beberapa maslahah :
- Mengutamakan perkara doruriyat daripada hajiat dan perkara hajiat daripada tahsinat.
- Mengutamakan menjaga agama, kemudian jiwa,kemudian akal,kemudian keturunan, dan terakhir harta.
- Mengutamakan maslahah umum daripada maslahah individu.

(Maslahah:- perkara yang dituntut dan setiap jalan membawa kepada maslahah adalah dituntut.)  


Peringkat-peringkat dalam hukum-hakam syariat mengikut keutamaan
1. Peringkat-peringkat perkara suruhan
- Fardu Ain berkaitan hak orang ramai (jama'ah)
- Fardu Ain berkaitan hak individu
- Fardu Kifayah
- Sunat Muakkad
- Sunat biasa (mustahabbah)

 Suruhan yang memberi manfaat kepada orang ramai diutamakan daripada suruhan yang memberi manfaat kepada individu. Diutamakan amalan hati daripada amalan anggota dan didahulukan aqidah daripada amal kerana aqidah adalah asas terbinanya amal.

2. Peringkat-peringkat larangan
· Haram
- Akbarul kabair (Dosa paling besar)
- Al-Kabair (Dosa besar)
- As-Soghoir (Dosa Kecil)
- Makruh


Ibadah yang Paling Afdhal
          Ibadah yang paling afdhal di sisi Allah tidak dapat diputuskan secara qat’ie  kerana ia berbeza mengikut tempat, masa, dan individu itu sendiri. Yang pasti, setiap waktu ada kewajipannya yang dikhususkan untuk mencapai keredhaan Allah dan kewajipan inilah yang paling afdhal pada waktu tersebut. Contohnya ialah : perkara paling afdhal apabila datang tetamu ialah menunaikan haknya dan melayannya. Ini lebih utama daripada berwirid yang sunat.




(Sumber  : كتاب المدخل الى دراسة الفقه الاسلامي ) 
أ. د عبد الله محمد الصالح



Konklusinya, orang yang beriman itu akan memahami kehidupan dan pandai mengisi masa mengikut keutamaan mereka. Maka, buatlah keputusan sebaik mungkin mengikut keutamaan. Saya mengaharapkan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak impak yang baik dalam kehidupan seharian kita seterusnya mendapat keredhaan Ilahi.


Wallahua'lam.




الفقير الى الله تعالى
Ibnu Munir
19/02/2012
Universiti Yarmouk, Jordan.


Doa Senjata Orang Mukmin..




    Doa adalah satu ibadah dan senjata orang mukmin. Doa juga  merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba kepada Tuhannya. Perlaksanaannya boleh dilakukan secara individu atau berjama'ah, tetapi lebih afdhalnya dilakukan secara berjama'ah. 



Sabda Nabi s.a.w,

(الدعاء هو العبادة, قال ربكم : ( ادعوني أستجب لكم  
Doa adalah ibadah, dan Allah berfirman :
 "Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu."
                                                                                                                                         (Riwayat Abu Daud, At-Tarmidzi, Ibn Majah)

Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawadhuk dan tertib demi  mendapat ganjaran pahala. Oleh itu, ibadah mestilah dilakukan dengan cara yang sesuai mengikut kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul. Terkadang, manusia sering mempersoalkan mengapa doa mereka tidak dimakbulkan. Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan saya tentang doa. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.



Firman Allah s.w.t

 وقال ربكم ادعوني أستجب لكم ان الذين يستكبرون عبادتي سيدخلون جهنم داخرين 
Dan Tuhanmu berfirman, " Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahku akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."


 Sebagai hamba, tidak dapat tidak  kita perlu berdoa kepada Allah walaupun kita berada dalam kesenangan. Ingat sahabat-sahabat, Allah beri kemewahan sebagai menguji hambanya. Tak dapat dinafikan, usaha seseorang juga menjadi faktor penyebab seseorang itu mendapat kemewahan. Tetapi Allah telah mengaturkan setiap sesuatu itu mempunyai hikmah. Apatah lagi apabila kita berada dalam kesusahan dan kesdihan. Doalah yang menjadi senjata utama untuk kita memohon bantuan dan maghfirah (kemaafan) daripada-Nya.

Di sini, saya ingin berkongsi apa itu fungsi doa dalam kehidupan seharian.

1. Jalan menuju kejayaan dan keselamatan.
2. Senjata untuk mengalahkan musuh.
3. Harapan kepada golongan yang tertindas.
4. Pembantu ketika senang dan susah.
5. Pendamping antara seorang hamba dan tuhannya.
6. Sebaik-baik penawar dan penyembuh yang mujarab.
7. Bukti seorang hamba itu menyerahkan diri kepada Allah
    dan bermunajat kepadaNya.

Jadi, doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Doa bukan sahaja dalam bentuk lafaz serta perbuatan menadah tangan ke langit dan yang seumpama dengannya, tetapi doa juga adalah segala gerak geri kita. Baik secara langsung dan tidak langsung. Gerak geri yang positif akan memberikan hasil yang positif kerana ia merupakan sebahagian dari bentuk doa kita yang baik-baik. Sebaliknya, gerak geri yang negatif akan memberikan hasil yang negatif. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari bentuk doa kita sungguh pun kita tidak sedar telah berdoa sesuatu yang buruk buat diri sendiri. 


Berikut saya sertakan antara sebab, tempat, masa dan keadaan dimakbulkan doa.

Sebahagian daripada sebab dimakbulkan doa :-
- Orang yang bermusafir.
- Hati yang sangat mengharap.
- Kondisi yang bersahaja dalam berdoa.
- Mengangkat kedua-dua tangan ke langit.
- Merayu dalam berdoa.
- Keinginan yang kuat dalam berdoa.
- Makan makanan yang halal dan minuman yang halal.
- Memakai pakaian yang halal.




Antara tempat, masa dan kedaan dimakbulkan doa :-
- Malam Lailatul Qadar.
- Dua pertiga malam (Qiamullail)
- Jarak masa antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud.
- Doa seorang Muslim kepada sudaranya tanpa diketahui oleh saudara tersebut.
- Doa pada hari Arafah.
- Doa di bulan Ramadhan.
- Ketika berada dalam majlis ilmu.
- Doa orang yang dizalimi ke atas orang yan menzalimnya.
- Doa seorang ayah kepada anak-anaknya.
- Doa seorang anak untuk kebaikan ibu-bapanya.
- Doa orang yang berpuasa.
- Doa seorang imam(ketua) yang adil.
- Doa di Safa dan Marwah.


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
 "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
 "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Surah Taha : 25,26,27)

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menjadikan doa sebagai amalan dalam hidup kita tidak kira di waktu kita senang atau susah. Allah tempat kita bergantung dan memohon keampunan. Tidak ketinggalan juga mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga kita semua beroleh keredhaan dan keberkatan daripada Tuhan Yang Maha Esa.



Sumber : الدعاء من الكتاب والسنة, Hadis 40 Imam Nawawi.



الفقير الى الله تعالى
Ibnu Munir 
18/02/2012
Universiti Yarmouk, Jordan. 

Monday 13 February 2012

Bumi Syam Syria..


         Keadaan dunia sekarang sudah tidak menentu lagi. Seringkali kita terdengar terjadi huru-hara di sana-sini. Adakah ini adalah petanda dunia akhir zaman??? Dewasa ini, kita terdengar isu hangat yang menjadi bualan masyarakat iaitu Revolusi Kebangkitan rakyat Syria. Baru-baru ini, saya menghadirkan diri ke program Open  Talk PERMAI iaitu satu program yang dilaksanakan oleh Persatuan Mahasiswa Irbid, Jordan bertempat di dewan Tarbiyah, Universiti Yarmouk. Program yang berbentuk forum, sesi memberikan pendapat, dan sesi mengemukakan soalan  daripada ahli PERMAI sendiri. Kali ini tajuknya berkait rapat dengan isu tersebut iaitu 'Dunia Islam Pasca Revolusi Arab : Isu dan Masa Depan'.


Apa yang dibincangkan?

Forum kali ini sedikit sebanyak membincangkan dan memberi maklumat tambahan berkenaan Revolusi yang 

berlaku di negara Arab sejak akhir-akhir ini. Antaranya ialah punca kebangkitan rakyat,  

Bendera Syria
di negara Arab khususnya negara Tunisia, Mesir, Yaman dansebagainya. Terbaru, revolusi yang terjadi di Syria. Apa yang terjadi sebenarnya di Syria? Terjadi pembunuhan orang Islam Sunni. Lebih mengejutkan dan menyedihkan saya, pembunuhan itu dilakukan oleh orang Islam sendiri yang bermazhabkan Syiah. 





Firman Allah S.W.T,


"انما المؤمنون اخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون"

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu 
(yang berselisih)  dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
[Al-Hujurat : 10]


Sejauh manakah persaudaraan antara umat Islam pada masa kini?Adakah sama seperti yang disebutkan dalam Al-Quran? Hanya terdapat perbezaan pendapat, sudah menjadi musuh. Sehingga sanggup membunuh umat Islam sendiri. Teringat saya kata-kata Dr. Husain Bin Khalid, pensyarah kuliah syariah,

"Kuatnya hal ehwal ekonomi sesebuah negara tu, 

bergantung pada kuatnya hal ehwal shahsiah seseorang". 

Kemudian, saya terfirkir adakah hal ehwal shahsiah seseorang itu boleh mempengaruhi ukhuwah antara umat Islam.Maka saya merasakan inilah salah satu punca ukhuwah umat Islam tidak kukuh. Hal ehwal shahsiah diri yang tidak begitu mantap dan teguh.  




Permandangan Bandar Syria
Maqam Saidina Husain
(cucu Rasulullah)
Maqam Nabi Zakaria


Maqam Imam Nawawi
Replika Salhauddin Al-Ayubi





Masjid Omawi, Damsyiq.
Negara Syria pernah saya lawati pada awal tahun lepas iaitu pada bulan Mac dan April 2011. Dua bulan di Syria, sedikit sebanyak memberikan gambaran keadaan dan persekitaran bandar Damsyiq Tujuan pergi ke sana bukan sekadar mahuberjalan-jalan atau dalam kata lain 'makan angin', tetapi untuk mengikuti Daurah bahasa Arab sebagai persediaan awal menguasai bahasa  Arab di Ma'ahad Fatah Islami terletak di bandar Damsyiq. 







Ma'ahad Fatah Islami


Sebenarnya, saya dijadualkan berada di Syria untuk mengikuti daurah tersebut selama 3 bulan, tetapi atas sebab timbulnya masalah dan kekecohan yang berlaku di Syria, saya terpaksa pulang ke Malaysia. Kebetulan pada masa itu, saya perlu pulang ke Malaysia untuk membuat visa untuk pergi mengerjakan umrah. Alhamdulillah, ada hikmahnya di sebalik kejadian itu berlaku.


Saya terbaca satu artikel menceritakan Revolusi Syria, di bawah ini saya kongsikan untuk bacaan semua.



       Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak 
bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahundiikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.Hafez Al-Assad berpegang pada SyiahNusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidaksolat di masjid kita.


Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri 
merupakan pelampau Syiah.Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang 
mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84%
daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim 
Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.





Bermula Zaman Ayahnya 
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. 




Punca Revolusi
Puncanya ialah apabila terdapat sekumpulan kanak-kanak sekitar 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah :-
'RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN'. Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yang berevolusi. Apabila perkara ini dikatahui, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak tersebut. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga meminta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat, apabila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Maka, berlakulah revolusi di Syria. 


Kemarahan Rakyat Syria

1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya menjaga tanah air dengan sebaik-baiknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria (Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat Syria. Ini serius kejam.
2) 39000 orang Syria telah cedera. Mereka TIDAK dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor Syria di hospital dan 40 orang pesakit Syria di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita-wanita ini DIROGOL di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. (Presiden Syria)
Demonstrasi rakyat Syria..

Kesan Kebangkitan Rakyat Syria

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang ramai  yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. Tapi ada duanegara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Sumber :- 
Irfan Masiri Islamic Theology and Phylosophy | Group Usrah HRM


P/s: Seandainya artikel di atas ini terdapat sebarang 
kesilapan fakta, harap dimaklumkan kepada saya.


Peranan Kita Sebagai seorang Muslim

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim".

Kalam Saidina Ali; 

"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri 
yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".


Wallahua'lam..


Ibnu Munir
13/02/2012
Universiti Yarmouk, Jordan.

Copyright @ 2013 Ibnu Munir™.