Sunday 12 February 2012

Filled Under:

Satu Titik Permulaan...

Assalamu'alaykum wm. wb.


       Segala puji bagi Allah atas segala nikmatNya yang tidak terhitung.. Dan bersyukur atas nikmat iman dan islam.. Semoga nikmat ini sentiasa kekal untuk selama-lamanya.. 'Sesungguhnya iman seseorang itu menaik dan menurun..' Inilah manusia sebenarnya.. Mana mungkin imannya sentiasa meningkat walaupun namanya Nurul Iman sekalipun.. Kecuali Para Malaikat dan Anbiya'.. Manusia seringkali diuji dengan mehnah duniawi yang tak henti-henti menguji sejauh manakah ketaatan mereka kepada Rabbul Jalil.. 

Menggapai impian..

Satu Titik Permulaan???

Apa yang dimaksudkan dengan titik permulaan.. Sudah tentu kita terfikir sejenak apa yang menjadi titik permulaannya?? Sebenarnya, saya memilih hari ini sebagai tarikh yang sesuai sebagai tarikh rasmi blog saya bermula.. 12/02/2012 Mungkin kerana susunan nombornya yang menjadi faktor mengapa dipilih tarikh ini. Setelah sekian lama mengkaji dan memerhati daripada blog rakan-rakan, selesai sudah pemerhatian saya. Ada yang menggunakan blog sebagai dewan berdakwah, dan ada juga yang menggunakannya sebagai diari kedua dalam hidup. Tidak ketinggalan juga, ada yang menggunakannya sebagai satu medan mempromosikan perniagaan.. 

Mengapa blog dipilih sebagai wasilah penulisan? 
Blog merupakan salah satu wasilah utama yang digunakan masyarakat kini sebagai tempat untuk melontarkan pandangan dan penulisan. Sehinggakan, blog menjadi alat komunikasi yg mudah dan cepat.. Sebagai contoh, Revolusi Arab yang menjadi salah satu topik hangat masa kini, antara faktor jatuhnya kerajaan Mesir ialah kebangkitan rakyat ke atas pemerintah. Blog adalah salah satu cara yang digunakan oleh remaja untuk menyeru rakyat jelata agar turun berdemonstrasi.

Universiti Yarmouk
Saya merasakan penulisan adalah sebagai cara yang tidak dapat tidak digunakan dalam pendidikan. Teringat  perbualan saya dengan kata abang senior tahun 3 di Universiti Yarmouk,

"Enta ada menulis blog?"
"Ana tak pernah tulis blog, tapi ana pernah belajaq ja dulu masa Form 4" saya menjawab..
"Sebenarnya penulisan ni mengajar kita cara untuk menulis, mencari maklumat, malah dapat memberikan manfaat kepada masyarakat,"terang beliau ringkas.
"Tapi macam mana? saya menyoal.
"Enta try menulis dulu sikit2, InsyaAllah nanti cekap la, cuba enta tengok Dr. Zaharuddin Abd. Rahman dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (dr. MaZa), mereka menjadikaan penulisan sebgai medan dakwah dan salah satu cara menyampaikan ilmu kepada masyarakat, sebab tu ustaz2 tu boleh berjaya macam sekarang. Penulisan ni jugak membiasakan seseorang mencari maklumat. Nanti enta nak buat kajian mas Master atau Phd, senang la sebab dah biasa dengan mencari maklumat dan menulis," panjang lebar penerangannya..
Berfikir sejenak..





Selepas berbual dengan senior tersebut, apa yang menjadi persoalan dalam hati ini
"Perlukah aku menulis???"
"Tapi untuk apa? 
Nak cari glamour ja ka??


Setelah berfikir panjang, saya mula mencari dan terus mencari seterusnya mengkaji berkaitan penulisan blog. Maka, sekarang saya cuba menulis untuk berkongsi pengalaman, menulis isu semasa dan sebagainya.. Dan sudah tentu bukan glamour yang dikejar, tetapi Redha Allah yang dicari. Semoga blog ini sentiasa berkembang dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat umum khususnya masyarakat Malaysia, InsyaAllah..


"Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat dan berseronok berbuat dosa, seronok dan lazat itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal."


-Ibnu Munir-
12/02/2012
Universiti Yarmouk, Jordan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Ibnu Munir™.