*Kepada sesiapa yang
meminati sejarah,, satu artikel yang
panjang, tetapi tidaklah panjang jika anda meminati ilmu.
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
HADIS RASULLAH SAW TENTANG
PEMBEBASAN
CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali
Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan
tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu
artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan
semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar
yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman
Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra
telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas
wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka
beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi
saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800
tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan
Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah
kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “Sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup
Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana
telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga
dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia
19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan
seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin
sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit
gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali
dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu
peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah
dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah
seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu
Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam
bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan
tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda
yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini
Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah
diri .. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan
serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri
terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam,
berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat
cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan
negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda
mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik
kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang
strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang
termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu
dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia
dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang
telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan
pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila
diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar
motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja
menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan
Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera
Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah
kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE
ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda
menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan
beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan
dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding
luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara
bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan
tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya
menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope
Vatican
Selat Bosphorus |
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada
yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang
dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan
semula semangat tentera Bizantin.
Rantai yg digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh |
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak
Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya,
mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan
Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut
kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk
Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare
strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal
itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis
terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin
lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat
kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan
bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat
dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan
sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid.. Baginda
memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga
tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang
tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan
keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan
semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah.
Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang
tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat
masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka
kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera
Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil
melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke
tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) .
Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan
tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak
peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana
kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN
SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan,
timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua
tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara
kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali
sila duduk!”. Tiada
seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi,
“Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya
duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara
kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud
walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali
Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat
fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh .. Inilah dia anak
didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah
diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Ibnu Munir
02/03/2012
Universiti Yarmouk, Jordan.
Ibnu Munir
02/03/2012
Universiti Yarmouk, Jordan.
0 comments:
Post a Comment